Rakyat tertekan, DAP pertaruh dana awam untuk politik

Isu pilihan raya Datuk Bandar

Afiz Yahya
- Advertisement -

AYER KEROH: PAS Kawasan Hang Tuah Jaya menegaskan pendirian menolak cadangan mengadakan pilihan raya Datuk Bandar yang disifatkan membawa lebih banyak pembaziran berbanding manfaat kepada rakyat. 

- Advertisement -

Yang Dipertuanya, Afiz Yahya berkata, seluruh rakyat perlu menolak dan menentang cadangan berkenaan kerana ia jelas membabitkan penggunaan dana awam yang besar ketika rakyat sedang berdepan tekanan kos sara hidup. 

“Ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup, harga barang meningkat, isu peluang pekerjaan serta keperluan infrastruktur asas, tiba-tiba DAP mahu memperjudikan wang rakyat semata-mata untuk sebuah proses politik yang tidak mendesak. 

“Ini bukan reformasi, ini gimik politik mahal. Langkah Kajang, Langkah Port Dickson dan banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan. 

Menurut beliau, cadangan itu bukan sekadar soal demokrasi, sebaliknya sebagai strategi DAP untuk mengukuhkan pengaruh politik di bandar-bandar besar. 

“Rekod menunjukkan DAP bukan mahu memperjuang kebajikan semua kaum, sebaliknya mereka sanggup menggunakan apa sahaja saluran untuk memastikan penguasaan politik terus kekal dalam tangan mereka. 

“Dahlah pemimpin DAP mejoriti seperti berok dalam Parlimen, ada saja yang bangun membuat kacau dan kurang ajar. Dengan kualiti seperti itu nak lagi adakan pilihan raya Datuk Bandar?” soalnya. 

Selain itu, beliau berkata, orang Melayu perlu sedar bahawa pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar akan membuka ruang kepada politik wang, pengaruh korporat dan kelompok elit bandar sehingga berpotensi meminggirkan suara majoriti rakyat biasa. 

Sehubungan itu, PAS menuntut kerajaan menolak agenda berkenaan dan memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah sebenar rakyat. 

“Jangan gadaikan dana awam demi nafsu jawatan dan kuasa. Rakyat perlukan tindakan, bukan pilihan raya yang membazir. Kalau betul mereka makin kurang ajar, saya akan lawan habis-habisan. Tolak DAP!” katanya. – HARAKAHDAILY 6/2/2026

- Advertisement -