
KUALALUMPUR: Keputusan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak mulai hari ini, 9 Januari 2026, di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Menurut kenyataan LHDN, penerima boleh membuat semakan dengan melayari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my, manakala surat kelulusan boleh dimuat turun dari semasa ke semasa melalui menu MySTR → Peti Mel → Surat.
LHDN dalam kenyataannya berkata, Borang Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan hendaklah diserahkan secara fizikal ke pejabat yang ditetapkan.
Menurut LHDN, penyerahan borang boleh dibuat di Pejabat HasiL, Pejabat Satelit (PS) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berhampiran, namun penghantaran borang melalui e-mel tidak diterima.
Dalam pada itu, LHDN turut membuka empat kategori permohonan STR 2026 sepanjang tempoh permohonan bagi memastikan rakyat yang layak tidak tercicir daripada menerima bantuan.
Kategori tersebut merangkumi permohonan baharu, kemas kini permohonan, permohonan rayuan atau rayuan tambahan, serta perubahan maklumat asas permohonan.
Sementara itu, LHDN menjelaskan bahawa semakan kelayakan STR 2026 dibuat secara berfasa.
Bagi Fasa1, semakan kelayakan akan dilaksanakan terhadap permohonan yang diterima sehingga 28 November 2025, manakala permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut akan diproses untuk penentuan kelayakan bagi fasa seterusnya.
LHDN menegaskan bahawa proses berfasa inibertujuan memastikan penilaian dibuat secara lebih teratur dan adil, selarasdengan kriteria kelayakan yang ditetapkan kerajaan.
LHDN dalamkenyataannya menjelaskan bahawa penerima STR dan SARA 2026 adalah mereka yangmembuat permohonan STR 2026 dan berstatus ‘Lulus’.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pembayaran STR2026 Fasa 1 akan mula disalurkan bermula 20 Januari 2026.
Beliau turut memaklumkan bahawa tempoh permohonan baharu dan kemas kini maklumat STR dibuka sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025.
Pemohon yang tidak mengemas kinimaklumat selama tiga tahun berturut-turut diwajibkan membuat kemas kini bagimelayakkan diri menerima STR 2026.
Dalam perkembangan berkaitan, pembayaran SARA akan mula disalurkan secara bulanankepada penerima layak bermula 9 Januari 2026 yang akan dkreditkan sebanyak RM100 kepada semua warga negara Malaysia berusia 18 tahun ke atas pada 9 Februari 2026, di bawah inisiatif SARA Untuk Semua.
Selain itu, kerajaan telah meluluskan pelanjutan tarikh akhir tuntutan baki STR 2025 dan Skim Khairat Kematian (SKK) bagi kes kematian penerima dan pasangan sepanjang tahun 2025.
Tarikh akhir tuntutan baharu ditetapkan sehingga 31 Januari 2026, dan tuntutan boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.
Orang ramai digesa ramai agar membuat semakan segera serta memastikan maklumat peribadi dikemas kini bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan pembayaran bantuan. – HARAKAHDAILY 9/1/2026




















