Andalusia hargai 2,000 pegawai pemasaran syarikat

Antara Pegawai Pemasaran Andalusia yang hadir pada Majlis Konvensyen Pegawai Pemasaran Andalusia siri 2.0 di Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2025.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Majlis Konvensyen Pegawai Pemasaran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) kali ke dua telah berlangsung dengan penuh gemilang di sebuah hotel di sini, hari ini.

Pengarah Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, pihaknya meluahkan rasa syukur di atas khidmat telah diberikan para pegawai pemasaran di syarikat pengendali pakej ibadah haji dan umrah itu.

“Pada saya, anda semua adalah tulang belakang kejayaan Andalusia. Tidak mungkin Andalusia capai kepada kejayaan pada hari ini, tidak mungkin tanpa adanya anda semua.

- Advertisement -

“Anda bukan sekadar ejen atau pegawai pemasaran, tetapi anda juga adalah duta kepada nilai-nilai Islam, nilai-nilai amanah dan kecemerlangan.

“Andalusia amat berbangga dengan dedikasi anda selama ini kerana anda telah membawa nama Andalusia ke tahap yang membanggakan,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Pegawai Pemasaran Andalusia 2.0 berkenaan.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Daud Che Ngah dan Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin.

Konvensyen kali ini menyaksikan kehadiran seramai 250 orang pegawai pemasaran Andalusia dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Andalusia ketika ini mempunyai hampir 2,000 pegawai pemasaran yang bersedia membantu dan memberikan perkhidmatan terbaik ke Tanah Suci.

Ida Riswana yang juga Penasihat Undang-undang Andalusia dalam pada itu menekankan bahawa menjadi sebahagian daripada Andalusia bukanlah perkara mudah kerana melibatkan ujian, latihan dan komitmen yang tinggi.

Ida Riswana Idris

“Kejayaan Andalusia hari ini adalah hasil daripada toleransi dan dedikasi seluruh anggota keluarga besar kita,” katanya.

Beliau turut menyentuh tentang transformasi digital yang telah mengubah cara Andalusia beroperasi, menjadikan proses kerja lebih efisien dan fleksibel.

“Era digital telah membuka lebih banyak peluang kepada kita. Kini, anda tidak memerlukan modal besar atau pejabat besar untuk berniaga. Sistem digital kita memudahkan segala-galanya,” jelasnya.

Ida Riswana turut menekankan bahawa tujuan utama Andalusia adalah memberikan perkhidmatan terbaik kepada Duyufur Rahman (jemaah umrah).

“Kita bukan sekadar menjual pakej, tetapi kita bertindak sebagai panduan dan penasihat kepada jemaah. Ini yang membezakan kita dengan layanan DIY,” katanya.

Beliau juga menegaskan kepentingan latihan dan disiplin dalam kalangan pegawai pemasaran, terutama dalam memberikan bantuan berterusan kepada jemaah di Mekah dan Madinah tanpa mengenal waktu.

Tema pakaian ‘Bollywood’ yang diperaga oleh para Pegawai Pemasaran Andalusia menceriakan suasana majlis konvensyen pada tahun ini.

“Andalusia sangat menghargai kedisiplinan. Kumpulan kebajikan kita sentiasa aktif memberikan bantuan kepada jemaah yang mengalami pelbagai kesulitan,” jelasnya.

Ida Riswana yang juga Pengarah Andalusia dalam pada itu berharap agar para pegawai pemasaran dapat menggunakan kerjaya mereka untuk berkembang lebih jauh.

“Saya berharap anda semua tidak melihat diri anda sebagai seorang pegawai pemasaran semata-mata, tetapi anda juga adalah seorang usahawan, usahawan bersama Andalusia.

“Jadilah pemimpin di wilayah masing-masing. Jadikan wilayah Andalusia sinonim dengan perkhidmatan umrah yang terbaik,” katanya.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan harapan agar konvensyen ini dapat memperkuat kebersamaan dalam mencipta lebih banyak manfaat untuk semua yang terlibat, bukan sahaja untuk anggota tetapi juga kepada umat Islam yang lebih luas. –HARAKAHDAILY 25/10/2025

- Advertisement -