Ziarah Kasih Pejabat MB Perlis santuni warga rakyat

- Advertisement -

KANGAR: Program Ziarah Kasih Pejabat Menteri Besar telah dilaksanakan dengan menziarahi dua pesakit kritikal di kawasan Padang Lima Naleh dan Kampung Kubang Tiga, di sini Khamis lalu.

- Advertisement -

Setiausaha Politik Menteri Besar, Mustaqim Abdullah meneruskan program ini sebagai kelangsungan keprihatinan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli terhadap rakyat.

Penerima pertama, Rahman Talib dari Padang Lima, Naleh Bintong, kini terlantar akibat serangan strok, manakala Eliuan Ooi Ah Kie dari Kampung Kubang Tiga pula disahkan menghidap ‘slip disc’ kategori kritikal.

Dalam lawatan tersebut, Mustaqim turut menyampaikan sumbangan kerusi roda serta bantuan barangan dapur bagi meringankan beban yang ditanggung penerima dan keluarga masing-masing.

“Alhamdulillah, dengan izin tuan rumah, kami diberi ruang untuk berziarah pada malam kelmarin, menyulam kasih, mengikat ukhuwah dan menyemai prihatin.

“Kami belajar dari tingginya sabar, kuatnya semangat serta cekalnya jiwa Pak Rahman yang uzur akibat strok dan Makcik Eluan yang menanggung derita slip disc.

“Insya-Allah, dalam setiap hembusan doa dan huluran tangan, terselit harapan agar mereka diberi kekuatan dan kesembuhan,” kata beliau pada lawatan turut dihadiri Pegawai Khas Menteri Besar, Mohd Nasir Ismail, serta Sombun Crem.

Program Ziarah Kasih Pejabat Menteri Besar ini merupakan inisiatif berterusan Kerajaan Negeri dalam mendekati rakyat serta menyalurkan bantuan secara langsung kepada mereka yang memerlukan.

Ia sejajar dengan komitmen kepimpinan negeri untuk memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada perhatian dan kasih sayang kerajaan.

“Moga setiap kerja buat ini menjadi saksi kasih sayang dan prihatin kita sesama rakyat Perlis, dan semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya,” ujar Mustaqim. – HARAKAHDAILY 19/10/2025

- Advertisement -