Perlis tambah unit perumahan mampu milik rakyat

Mohd Shukri Ramli
- Advertisement -

KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis terus komited menyediakan kediaman selesa dan mampu milik kepada rakyat apabila merekodkan sebanyak 27,978 unit rumah terancang dan 11,363 unit rumah kos rendah setakat suku keempat tahun 2024.

- Advertisement -

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, pelbagai inisiatif sedang giat dijalankan melalui Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Hartanah (BPPH) termasuk kajian semula dasar perumahan bagi menarik lebih ramai penyertaan daripada pemaju swasta.

“Sebanyak 794 unit rumah mampu milik akan disediakan menerusi pendekatan Request for Proposal (RFP) oleh pemaju swasta di kawasan Titi Tinggi dan Tok Kuning,” katanya semasa berucap dalam Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Negeri Perlis, di sini hari ini.

Selain itu, beliau memaklumkan, projek Perumahan Rakyat (PPR) sedang dibangunkan di Padang Besar, manakala satu lagi projek PPR di Simpang Empat telah diluluskan, melibatkan pembinaan sebanyak 175 unit rumah.

Usaha ini ujarnya, membuktikan kesungguhan kerajaan negeri dalam memastikan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, mendapat akses kepada kediaman yang selesa dan mampu milik. – HARAKAHDAILY 23/5/2025

- Advertisement -