7,000 lantikan politik dengan gaji RM71 sebulan?

Nafi dakwaan walanon, dedah data emolumen

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Ahli Jawatankuasa Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ahmad Fahmi Mokhtar menolak dakwaan bahawa kerajaan negeri telah membuat lantikan politik seramai 7,000 orang sejak mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional (BN). 

Beliau menyifatkan angka yang tular itu sebagai tidak masuk akal dan bercanggah dengan data sebenar yang direkodkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. 

“Maka, walanon (penyokong Kerajaan PH) pun pakat percaya dan sebarlah data dan fakta yang mengarut ini. Kenapa mengarut? Sebab peruntukan emolumen (gaji) untuk penjawat awam di Terengganu bagi tahun 2017 adalah RM276 juta. 

“Manakala untuk tahun 2023, peruntukan emolumen (gaji) penjawat awam adalah RM282 juta. Ini data daripada Laporan Ketua Audit Negara,” katanya dalam media sosial miliknya. 

Menurutnya, kenaikan peruntukan emolumen hanya sebanyak RM6 juta dalam tempoh tujuh tahun, sekali gus menafikan logik bahawa kerajaan negeri telah menambah 7,000 penjawat awam baharu seperti yang didakwa pihak tertentu. 

“Jika guna data walanon, bilangan penjawat awam 2017 adalah 7,000 orang dengan peruntukan RM276 juta. Bilangan penjawat awam tahun 2023 adalah 14,000 orang dengan peruntukan RM282 juta. 

“Ertinya sifir walanon, dengan hanya RM6 juta, kerajaan negeri dapat tambah seramai 7,000 penjawat awam baharu. Powerlah kerajaan negeri,” sindirnya.

Beliau turut mengira kadar gaji yang sepatutnya diterima jika benar kerajaan negeri menambah 7,000 lantikan baharu dengan hanya RM6 juta peruntukan tambahan. 

“Jika dicerakinkan lagi, RM6 juta untuk 7,000 pekerja bagi setiap bulan, maka gaji yang akan diperoleh oleh setiap lantikan politik ini sebanyak RM71.43 sebulan,” katanya. 

Menurutnya, data yang tidak berasas itu digunakan oleh pihak tertentu untuk memburukkan kerajaan negeri dan menghalalkan sekatan royalti terhadap Terengganu. 

“Tahun 2017, peruntukan emolumen sebanyak RM276 juta. Tahun PAS tadbir 2018, peruntukan emolumen jadi RM272 juta. 

“Berkurang RM4 juta, PAS lantik lagi ramai penjawat awam pada tahun pertama, tapi peruntukan emolumen makin berkurang. Wow, kurang cerdiknya walanon.

“Ke nak saya dedahkan bilangan lantikan politik zaman BN?” katanya. – HARAKAHDAILY 29/3/2025

- Advertisement -
- Advertisement -