
KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali pakej haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia Travel) melancarkan Pakej Khas Penutup Umrah Musim 1446H dengan harga istimewa berbanding pakej biasa, iaitu serendah RM5,490.
Pengarah Urusan Andalusia Travel, Ibrahim Mat Sin berkata, tawaran itu diperkenalkan berikutan permintaan ramai serta hasil rundingan dengan syarikat penerbangan dan hotel bagi mendapatkan harga lebih rendah.
“Harga pakej ini ialah RM5,490 untuk bilik berempat, RM6,190 untuk bilik bertiga dan RM6,990 untuk bilik berdua.
“Ini adalah peluang terbaik bagi jemaah yang ingin menunaikan umrah sebelum musim haji dengan kos lebih rendah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Andalusia Travel di sini.
Ibrahim berkata, pakej itu menggunakan penerbangan Malaysia Airlines dan dijadualkan berlepas pada 19 April hingga 29/30 April 2025; atau 20 April hingga 30 April/1 Mei 2025, dengan laluan Kuala Lumpur – Jeddah; dan Madinah – Kuala Lumpur.
Menurutnya, jemaah akan menginap selama tujuh malam di Makkah, iaitu sama ada di Olayan Al Haram atau Malak Agyad atau setaraf serta tiga malam di Madinah, iaitu di Hayah Plaza atau setaraf.

Katanya, sebanyak 500 tempat disediakan untuk pakej itu dengan kumpulan terakhir akan berangkat pada 13 April 2025.
“Sesiapa yang ingin mengambil peluang ini, boleh mengajak ahli keluarga dan saudara-mara kerana ini adalah harga terbaik sebelum musim haji,” katanya.
Selain itu, katanya jemaah berpeluang untuk menaik taraf ke kelas perniagaan dengan tambahan RM3,500 daripada harga pakej asal.
Bagi yang berminat, pendaftaran boleh dibuat menerusi laman sesawang rasmi umrahandalusia.com atau hadir sendiri ke Ibu Pejabat Andalusia Travel di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. – HARAKAHDAILY 29/3/2025











