Sumbangan ‘Back to School’ semarak seluruh Kedah

Sanusi menyantuni seorang penerima diperhatikan Isahak
- Advertisement -

SIK: Seramai 230 pelajar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri menerima sumbangan ‘Back to School’ atau ‘Kembali ke Sekolah’ yang diadakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) tersebut, semalam.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga ADUN Jeneri hadir ke majlis itu dan turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Dato’ Wira Isahak Murat.

Bantuan tersebut membabitkan wakalah zakat PKNK kepada 100 penerima, manakala 130 penerima lagi daripada sumbangan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sanusi pada ucapannya, merakamkan penghargaan kepada syarikat, badan-badan korporat, mahupun pihak persendirian yang sudi berkongsi rezeki bersama kerajaan negeri membantu golongan memerlukan.

Usaha itu selari hasrat pentadbiran pimpinan Sanusi yang meletakkan keutamaan dan kejayaan dalam pendidikan, selain kesungguhan menangani masalah keciciran dalam pelajaran.

Dalam perkembangan lain, program ‘Back to School’ seumpama turut diadakan sempena menjelang sesi persekolahan baharu 2025 yang meriah di setiap DUN seluruh negeri ini.

Program yang dilaksanakan setiap tahun itu, menyasarkan penerima kalangan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan tanpa mengira batasan kaum, agama mahupun fahaman politik.

Bantuan itu juga merupakan antara sebahagian program kebajikan kerajaan negeri yang disalurkan melalui ADUN-ADUN dan Penyelaras DUN seluruh Kedah.

Program ini mendapat perhatian pihak persendirian, korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) ermasuk anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) untuk berkongsi rezeki.

Penerima kebanyakannya mendapat sumbangan sebanyak RM100 seorang yang diberi melalui baucer untuk membeli pakaian atau kelengkapan sekolah di pasar raya yang telah ditetapkan.

Bantuan seumpama itu, walaupun tidak seberapa tetapi secara tidak langsung dapat membantu meringankan beban ibu bapa, apatah lagi dalam keadaan ekonomi ketika ini. – HARAKAHDAILY 11/2/2025

- Advertisement -