
MACHANG: Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Temangan berlangsung meriah dengan semangat perpaduan yang terserlah.
Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkesempatan mengunjungi rumah masyarakat Tionghua di beberapa lokasi.
Antaranya termasuk di Kampung Kelaweh, Kampung Pasir Sena, Bandar Temangan, dan Kampung Cina (Chekok Mengkudu).
Setiap rumah dikunjungi, beliau yang juga ADUN Temangan disambut dengan penuh kemesraan dan keramahan.
“Paling seronok, semangat perpaduan dan persahabatan yang ditunjukkan membuatkan kita rasa seperti keluarga.
“Tahun Baru Cina kali ini bukan sahaja tentang sambutan, tetapi juga tentang mengukuhkan ikatan antara kaum dengan penuh kegembiraan,” katanya.
Tambahnya, sambutan ini sekali lagi membuktikan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Kelantan.
“Ia mencerminkan hubungan erat antara kaum di negeri ini,” ujarnya menyifatkan pelbagai tradisi dan hidangan istimewa yang disajikan turut memeriahkan suasana sambutan berkenaan. – HARAKAHDAILY 31/1/2025




















