Lalat tsetse lebih berbahaya atas genus Glossina

Foto hiasan.
- Advertisement -

UMNO lalat, kata bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan kedudukan wakil rakyatnya dalam kerajaan.

- Advertisement -

Ujarnya sebagai memetik idea pemimpin DAP Nga Kor Ming kepada Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Salleh baru-baru ini.

Penulis akan membahas tentang serangga ini boleh terbang dan biasa hinggap pada benda kotor dan menyebarkan penyakit kerana cara pemakanannya serta sifatnya yang sering terbang ke tempat kotor seperti dalam tandas, tempat sampah serta gemar hinggap di badan kerbau.

Ia makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk ke dalam perutnya melalui belalainya. Serangga lalat satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah dijumpai.

Namun begitu jenis lalat buah dan bunga tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit.

Walaupun semua lalat suka menghinggapi tempat yang kotor namum lalat askar hitam hanya terbang di persekitaran kompos untuk tujuan mengawan dan bertelur.

Pelbagai jenis lalat, iaitu lalat rumah, lalat hijau, lalat buah, lalat bunga, lalat tsetse lebih berbahaya atas genus Glossina yang berasal dari Afrika lazimnya menghisap darah manusia dan binatang serta menyebarkan penyakit tidur.

Dalam seni bahasa aspek simpulan bahasa dan peribahasa tentang lalat seperti jinak-jinak lalat (persahabatan tidak akrab), pening lalat (pening sedikit), lalat hijau (hina dan buruk perangai) dan belum terbang lalat (pagi benar).

Meskipun hanya seni bahasa tetapi mengungkapnya sebagai gaya bahasa perumpamaan perlu cermat lisan di manapun keberadaan.

Lantaran keceluparan Nga Kor Ming selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang enggan melayan dan bergaduh dengan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh atas alasan tidak setaraf dan tidak afektif melayan kerenahnya berhubung isu sandwic ‘ham’ yang dijual di KK Mart di kampus Universiti Malaya (UM) dengan menggunakan logo halal tidak sah.

Sementara Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub mendakwa kenyataan Dr Mahathir yang menyifatkan UMNO sebagai lalat bertujuan menghina UMNO.

Jauh sekali tafsiran beliau tentang survival bangsa, nusa dan agama kerana konsep pemikir falsafah Barat ‘bakat cari wang tapi otak kelola wang’.

Jauh tersesat dari agenda dasar parti yang wujud membela Islam Melayu dan tanah air. Parti yang banyak bakti pada negara lebih enam dekad ditelan waktu pasca-PRU ke-15 kerana rakyat hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Sesat di hujung jalan masih ada hayat kembali ke pangkal perlembagaan Persekutuan yang tertera hak Islam Melayu.

Namun jika mereka terusan kelola wang untuk mendepani kehidupan tiba waktu musibah kepada keturunan mereka juga, keperitan menimpa bersama-sama atas salah perhitungan kerana majoriti Melayu Bumi lebih 62.9 peratus populasi penduduk.

Oleh itu, akar bangsa belajar sejarah dan agama tapi hayat warisan atas akal pemimpin kerana tanah Melayu terpahat dalam perlembagaan negara dan wasiat raja-raja. – HARAKAHDAILY 31/1/2025

Dr Zulkeflee Yaacob

Penulis ialah Psikososio yang juga Pakar Penasihat Majlis Wanita Kelantan.

- Advertisement -