Kedah mendunia hingga ke FIFA World Cup

- Advertisement -

LOGHAT Kedah tiba-tiba menguasai laman rasmi Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) World Cup, dengan pelbagai coretan menarik.

- Advertisement -

Kemungkinan kebanyakan peminat bola sepak itu datangnya dari utara, tetapi lebih menakjubkan mereka seolah-olah berbangga dengan dialek ibunda negeri mereka.

Sama ada difahami oleh pembaca negeri lain atau tidak, tetapi yang jelasnya loghat itu berjaya menduniakan Kedah di laman sosial bertaraf dunia.

Coretan atau komen itu mendapat maklum balas, juga menggunakan dialek utara tersebut.

Antara coretan yang memfokuskan aksi pemain bola sepak, Zlatan Ibrahimovic.

“Lonjong elok, kemaih elok, sepak menyerit tak tau nak habbbbaq!

“Apa benda yang hampa taktau pasai Zlatan, habaq mai,” demikian muat naik status dengan loghat Kedah itu bersama gambar pemain tersebut.

Berikutan itu, para warga net ada yang menulis dengan pelbagai reaksi coretan antaranya:

“Tu dia baq hang..pakat mai serbu komen.”

“Min esok kito jupo kedai Kak Yang Kuala Kedah. Musim ikan semilang teloq loni bahang gulai temenung balik kot baruhla set kito.”

Susulan itu, ramai warganet membanjiri ruangan komen dan teruja untuk ikut serta.

“Tak baru lepas pekena laksa utara, nasi kandaq admin dia ni,” komen seorang lagi.

“Orang utaqha belah mana min,” tulis seorang lagi.

“Aku salah follow page World Cup ke,” tiba-tiba ada yang mencelah. – HARAKAHDAILY 31/1/2025

- Advertisement -