
ALOR SETAR: Kem Bina Sahsiah (KBS) 2025, kembali lagi dan kali ini akan diadakan di Kompleks Pendidikan Muasasah Darul Ulum, Pokok Sena, bermula 18 hingga 26 Januari ini.
Program anjuran Sekretariat Pembangunan Insan Negeri Kedah, di bawah Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali menyasarkan peserta dari kalangan remaja lelaki dan perempuan, berumur antara 14 hingga 19 tahun.
Kem yang akan berlangsung selama sembilan hari lapan malam itu akan diisi dengan pelbagai perkara melibatkan rohani dan jasmani.
Antaranya, klinik perbaiki solat, qiamullail dan solat jemaah, bengkel pengurusan jenazah, latihan dalam kumpulan, explorasi alam dan ‘jungle tracking’ termasuk aktiviti khidmat masyarakat, ‘survival kit’, persediaan remaja dan ceramah motivasi.
Moto KBS 2025 iaitu IMEJ membawa makna, iman, mental, emosi dan jasmani, menyasarkan matlamat ‘ Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan’.
Yuran penyertaan sebanyak RM190 seorang dikira amat berbaloi dengan pelbagai pengisian dan aktiviti yang disediakan.
Sepanjang tempoh tersebut, peserta akan dibimbing oleh penceramah dan motivator yang berpengalaman, di samping slot-slot menarik yang bakal menjadi kenangan terindah para peserta.
Ayuh, tunggu apa lagi, jadikan diri anak anda, ahli keluarga anda ataupun diri anda sendiri sebagai peserta. – HARAKAHDAILY 15/1/2025




















