5 negeri diramal ribut petir, hujan lebat, angin kencang 

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 4 negeri sehingga jam 12 tengah hari, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu satu tempat di Pahang yeng melibatkan kawasan Rompin. 

- Advertisement -

“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Johor. Ia meliputi kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian.

“Sementara, kawasan di Sarawak pula melibatkan kawasan di Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah (Matu, Dalat dan Mukah). Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran). 

“Turut diramalkan berlakunya ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini. 

Menurut kenyataan itu lagi, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/10/2024

- Advertisement -