Hujan lebat, ribut petir, angin kencang di 10 negeri, pagi ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 10 negeri sehingga jam 1 tengah hari, hari ini.

- Advertisement -

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu beberapa kawasan di Kedah yang melibatkan kawasan Kubang Pasu, Kota Setar dan Bandar Baharu. Seluruh kawasan di Pulau Pinang turut diramalkan.

“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung dan Bagan Datuk.

“Sementara kawasan di Pahang pula melibatkan kawasan di Bentong dan Rompin. Seluruh kawasan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut terlibat. 

“Seterusnya di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Negeri Sembilan melibatkan kawasan di Seremban, Port Dickson dan Rembau dan Tampin. 

Seluruh kawasan di Melaka turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini. 

Turut dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Johor yang melibatkan kawasan di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

Menurut kenyataan itu lagi, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/10/2024

- Advertisement -