Ribut petir, hujan lebat, angin kencang di Pulau Pinang, Sarawak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan dua negeri sahaja sehingga jam 2 petang, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu di Pulau Pinang yang melibatkan kawasan Barat Daya dan Timur Laut

- Advertisement -

“Sementara, kawasan di Sarawak pula melibatkan kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat),” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini. 

Menurut kenyataan itu lagi, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/10/2024

- Advertisement -