‘Masih ada rider motosikal yang baik akhlak…’

Afnan di samping ahli AFC Kedah.
- Advertisement -

ALOR SETAR: “Masih ada lagi penunggang-penunggang (rider) motosikal yang baik dan berakhlak di jalan raya.”

Ketua Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, rider motosikal pada ketika ini sering digambarkan sebagai imej yang negatif dalam media sosial.

- Advertisement -

“Hakikatnya, ramai lagi rider yang baik dan berakhlak di jalan raya. 

“Oleh sebab itu, sebagai peminat motorsikal kita perlu menjadi seorang rider yang baik dan beradab,” katanya dalam akaun media sosial Facebooknya.

Menurut beliau, terdapat dua perkara yang penting dilakukan bukan sahaja oleh rider motosikal tetapi juga sebagai seorang manusia.

Afnan ketika hadir dalam program Teh Tarik Session di Alor Setar, Kedah pada 8 Oktober 2024.

Tambah Afnan, dua perkara tersebut ialah adab dan ilmu pengetahuan.

“Yang pertama sekali yang perlu ada ialah adab dan kedua barulah ilmu pengetahuan.

“Ini kerana orang yang berilmu belum tentu dia seorang yang beradab tetapi sudah pastinya orang yang beradab adalah seorang yang berilmu.

“Sebagai seorang rider pun tak dapat lari daripada seseorang yang beradab dan berakhlak di jalan raya,” ujarnya.

Sehubungan itu, Afnan mengucapkan kasih kepada Alternative Riding Club (ARC) Kedah dan Alor Setar kerana menganjurkan program Sesi Teh Tarik pada malam semalam.

“Terima kasih ARC Kedah dan ARC Alor Setar atas penganjuran program Teh Tarik Session di Alor Setar, malam semalam. 

“Saya ingatkan yang duduk Alor Setar sahaja yang datang semalam tetapi tak sangka dari tempat lain pun datang sekali,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/10/2024

- Advertisement -