Gotong-royong bersihkan laluan air menjelang tengkujuh

Projek gotong-royong anjuran Pusat Khidmat DUN (PKD) Kota Lama di Kota Bharu, Kelantan sebagai persiapan awal bagi menghadapi banjir yang lazim berlaku pada musim tengkujuh.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Pusat Khidmat DUN (PKD) Kota Lama menganjur program gotong-royong perdana sebagai persiapan awal bagi menghadapi banjir yang lazim berlaku pada musim tengkujuh.

Gotong-royong berkenaan telah disertai 100 peserta termasuk penduduk Kampung Dusun Muda. Hadir sama Ahli Parlimen Kota Bharu Dato’ Seri Takiyudin Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Dato’ Sr Zamri Ismail.

- Advertisement -

Turut serta ialah petugas di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, PKD Kota Lama dan pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Sementara itu, Syarikat Buj  telah menyediakan lori dan pekerja bagi mengangkut sampah ke tempat pelupusan. 

Zamri berkata, program kemasyarakatan itu bermula Khamis sehingga Sabtu turut disertai Ahli Majlis MPKB-BRI, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), penghulu Dun Kota Lama, RELA serta Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. 

Menurutnya, peserta bergotong royong membersihkan semak samun, sampah sarap dan pokok liar yang menghalang laluan air di tepi jalan dan dalam parit. 

“Tindakan proaktif ini sebagai persediaan awal menghadapi banjir yang lazimnya berlaku pada musim Monsun Timur Laut, sekitar Oktober hingga Januari.

“Kerja-kerja pembersihan dilakukan secara manual dengan bantuan eskavator yang disediakan pihak urus setia.

“Empat lampu solar turut akan dipasang di tepi jalan Dusun Muda ke Kubur Maras,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/10/2024

- Advertisement -