Berjaga-jaga hadapi banjir di Shah Alam

Dato' Dr Ab Halim Tamuri
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan Shah Alam dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga bagi menghadapi banjir.

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri berkata, fenomena air pasang besar dijangka akan berlaku pada 17 hingga 20 Oktober 2024.

- Advertisement -

“Saya nasihatkan penduduk dan pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah persediaan menghadapi bencana tersebut,” katanya dalam media sosial Facebooknya hari ini.

Menurut beliau, orang ramai perlu mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta untuk berpindah ke pusat penempatan sementara yang disediakan.

“Patuhi arahan berkuasa sekiranya diminta untuk berpindah ke pusat penempatan sementara yang telah disediakan.

“Sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir di Shah Alam sila hubungi Bilik Gerakan PANTAS di talian 03-5510 5811,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan Fenomena air pasang besar di Selangor dijangka mencatat bacaan paras air laut 5.8 meter, tertinggi bagi tahun ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri menerusi Facebook memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku selama 12 hari, bermula hari ini (7 Oktober 2024). – HARAKAHDAILY 7/10/2024

- Advertisement -