Himpunan Setahun Taufan Al-Aqsa malam ini

Ahmad Amzad Hashim
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim, mengajak seluruh rakyat Terengganu, khususnya yang berada di Kuala Terengganu, untuk hadir ke Himpunan Setahun Taufan Al-Aqsa yang akan berlangsung malam ini pada jam 9 malam di Dataran Khairunnisa’, Jalan Sultan Omar.

Menurutnya, program itu akan dihadiri oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, serta beberapa tokoh yang lantang memperjuangkan isu kemanusiaan Gaza.

- Advertisement -

“Antara yang turut hadir termasuk Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, dan Pengerusi Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al Nuri yang juga seorang aktivis yang merasai sama isu kemanusiaan yang berlaku di Gaza.

“Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai untuk menyokong program penting ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.

Pada Rabu, menurut sumber Kementerian Perubatan Palestin dilaporkan angka kematian rakyat Palestin akibat serangan agresif Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023 kini melonjak kepada 41,689 orang.

Sumber itu berkata sekurang-kurangnya 96,625 orang mengalami kecederaan dalam serangan berkenaan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh dan 165 lagi cedera dalam serangan Israel yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lepas, menurut mereka.

Sumber itu juga berkata, ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana penyelamat tidak dapat menghampiri mereka.

Tambah sumber itu, ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana penyelamat tidak dapat menghampiri mereka. – HARAKAHDAILY 6/10/2024

- Advertisement -