
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 7 negeri sehingga jam 2 petang, hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu di negeri Kedah termasuk kawasan di Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh kawasan di Pulau Pinang. Di Perak pula melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Manakala turut diramalkan di beberapa kawasan di Negeri Sembilan iaitu di Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin.
Kelantan yang melibatkan kawasan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai. Di Terengganu pula melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.
“Seterusnya di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Rompin. Beberapa kawasan di Selangor seperti Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat turut diramalkan berlakunya ribut petir, hujan lebat dan angin kencang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Turut dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh kawasan di Melaka. Di Johor pula melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Menerusi kenyataan itu lagi, beberapa kawasan di Sabah turut diramalkan. Ia melibatkan kawasan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau, Sandakan (Sandakan) dan Kudat.
Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/10/2024




















