Ribut petir, hujan lebat, angin kencang di 11 negeri, hari ini 

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 11 negeri sehingga jam 5 petang, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu di negeri Kedah termasuk kawasan Langkawi, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. 

- Advertisement -

“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh kawasan di Pulau Pinang yang melibatkan kawasan Barat Daya dan Timur Laut. Di Perak pula melibatkan kawasan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.  

“Sementara itu, turut diramalkan di beberapa kawasan di Kelantan yang melibatkan kawasan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai. Di Terengganu pula melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.  

“Seterusnya di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Rompin. 

“Beberapa kawasan di Selangor seperti Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat turut diramalkan berlakunya ribut petir, hujan lebat dan angin kencang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini. 

Turut dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh kawasan di Melaka. Di Johor pula melibatkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kulai. 

Menerusi kenyataan itu lagi, beberapa kawasan di Sarawak seperti Miri (Marudi) dan Limbang.

Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Penampang), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan). 

Tambah kenyataan itu, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/10/2024

- Advertisement -