Ribut petir, hujan lebat, angin kencang di Kedah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tujuh negeri sehingga jam 3 petang, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu seluruh kawasan di negeri Perlis. 

- Advertisement -

“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kedah yang melibatkan kawasan di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.  

“Sementara itu, seluruh kawasan di Pulau Pinang turut diramalkan akan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/9/2024

- Advertisement -