
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tujuh negeri sehingga jam 6 petang, hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu di negeri Kedah termasuk kawasan Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Bagi Pulau Pinang pula melibatkan kawasan di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak yang melibatkan kawasan di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Manjung.
“Sementara itu, kawasan di Kelantan melibatkan Jeli dan Kuala Krai. Manakala di Terengganu melibatkan kawasan Kemaman.
“Turut diramalkan juga di Pahang yang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Pekan dan Rompin. Di Sarawak pula melibatkan kawasan Sibu,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/9/2024




















