Selepas Yagi, taufan Bebinca pula landa Shanghai hari ini

Peta ramalan laluan Taufan Bebinca yang melanda Pulau Amami, Jepun sebelum menjengah ke China pada hari ini. (FOTO: The New York Times)
- Advertisement -

SHANGHAI: Pihak berkuasa China bersiap sedia menghadapi hujan lebat pada hari ini Ahad (15 Sept) ketika taufan kuat menghampiri pesisir timur negara yang padat dengan penduduk.

Kementerian Pengurusan Kecemasan Beijing dalam kenyataannya  berkata, taufan Bebinca dijangka melanda di sepanjang pantai termasuk bandar besar Shanghai antara Ahad malam dan pagi Isnin (16 September), menurut kementerian pengurusan kecemasan Beijing.

- Advertisement -

Terdahulu, pada Sabtu (13 September), Kementerian itu  dalam satu kenyataan menyatakan bahawa ribut itu akan menyebabkan hujan lebat hingga lebat dengan ‘ribut hujan lebat atau sangat lebat’ antara Ahad dan Selasa (17 September).

Sehubungan itu, pihak pegawai kerajaan China telah mengadakan mesyuarat pada Sabtu untuk menyelidiki dan mengerahkan kerja-kerja kawalan banjir dan taufan di kawasan-kawasan utama.

Kementerian sumber air pula pada Sabtu telah melancarkan respons kecemasan tahap empat – yang paling rendah dalam sistem berperingkat, untuk bencana banjir di Shanghai dan wilayah Jiangsu, Zhejiang dan Anhui, lapor agensi berita Xinhua.

Bebinca melanda ketika Festival Pertengahan Musim Luruh

Taufan Bebinca yang dijangka muncul itu tatkala Festival Pertengahan Musim Luruh, yang merupakan cuti umum di China.

Kementerian pengurusan kecemasan dalam pada itu berkata pegawai-pegawai  kerajaan mesti ‘memerhatikan perkembangan taufan Bebinca’, sambil menambah bahawa ‘ramai orang akan melakukan perjalanan, mobiliti akan tinggi dan risiko keselamatan akan menjadi ketara’.

Pihak berkuasa perbandaran Shanghai pada hari ini pula menggesa penduduk agar ‘menguatkan usaha untuk mengawal kesan berbahaya taufan ke atas kerja altitud tinggi, pengangkutan, infrastruktur dan pertanian’.

Sehubungan itu, beberapa penerbangan ke dan dari lapangan terbang utama di Shanghai dibatalkan atau dijadualkan semula pada Ahad kerana taufan itu.

Talian perkapalan penumpang juga dijadualkan digantung di Shanghai mulai Ahad berikutan taufan itu, menurut kenyataan rasmi di akaun media sosial pelabuhan perbandaran dan pusat pembangunan perkapalan.

China adalah pemancar terbesar gas rumah hijau di dunia yang dikatakan oleh saintis sebagai telah memacu perubahan iklim dan menjadikan cuaca ekstrem lebih kerap dan sengit.

Satu lagi taufan, Yagi, membunuh sekurang-kurangnya empat dan mencederakan 95 yang lain  apabila ia menerjah pulau Hainan di selatan China pada bulan ini.

Bebinca terjah pulau Amami, Jepun

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) dalam kenyataannya berkata, taufan Bebinca akan melanda seluruh pulau Amami di Jepun semalaman dari semalam, Sabtu hingga Ahad, dengan tiupan tiupan sehingga 198 kilometer/jam.

“Di wilayah Amami, risiko tanah runtuh telah meningkat berikutan hujan lebat sehingga kini,” tambahnya.

Bulan lalu, taufan kuat melanda Jepun dengan hujan lebat, mencetuskan malapetaka pengangkutan dan membunuh sekurang-kurangnya enam orang.

Hujan lebat pada 2021 telah mencetuskan tanah runtuh yang dahsyat di bandar peranginan Jepun Atami yang meragut 27 nyawa. -Agensi/– HARAKAHDAILY 15/9/2024

- Advertisement -