Ribut Tropika Ileana terjah Mexico hari ini

Seorang lelaki melihat ombak laut sebelum ketibaan ribut tropika Ileana, di Cabo San Lucas, negeri Baja California Sur, Mexico pada 14 September 2024. (FOTO: Reuters)
- Advertisement -

SINALOA, Mexico: Ribut tropika Ileana melanda pantai negeri Sinaloa Mexico pada hari ini, (Sabtu, waktu tempatan), sehari selepas ia melanda Los Cabos yang dipenuhi resort peranginan.

Pusat Taufan Kebangsaan yang berpangkalan di Miami dalam kenyataannya berkata, ribut tropika itu terbentuk Khamis di luar pantai Pasifik Mexico dan membawa angin pada kelajuan  40 kilometer sejam (km/j) ketika ia bergerak ke darat pada Sabtu.

- Advertisement -

Ia mendarat berhampiran bandar pantai Topolobampo dan terletak lewat Sabtu kira-kira 25 kilometer di tenggara Los Mochis, lapor Al-Arabiya.

Ramalan kaji cuaca berkata, Ileana akan berpusing di kawasan pantai utara Sinaloa dalam beberapa jam akan datang dan kemudian bergerak ke atas Teluk California secara kasar selari dengan pantai pada hari Ahad, sebelum kemudian melemah menjadi lekukan tropika.

Terdahulu Pada Jumaat, amaran telah berkuat kuasa untuk bahagian Semenanjung Baja California, termasuk Cabo San Lucas dan San José del Cabo.

Juan Manuel Arce Ortega, dari Perlindungan Awam Los Cabos berkata, majlis perbandaran La Paz dan Los Cabos telah menutup operasi sekolah susulan ribut tropika itu,

Menurut Perlindungan Awam Los Cabos, pihak berkuasa juga telah menyediakan 20 tempat perlindungan sementara di San José del Cabo dan Cabo San Lucas.

Di Hacienda Beach Club and Residences di Cabo San Lucas, pekerja valet Alan Galvan berkata, hujan tiba lewat malam Khamis dan berterusan. 

“Hujan tidak begitu kuat sekarang, tetapi ombak bergelora,” katanya.

Hujan kekal konsisten melalui Los Cabos pada petang Jumaat, dengan beberapa jalan raya dinaiki air dan beberapa pusat peranginan menyusun beg pasir di perimeter mereka dengan beberapa orang dilihat berjalan di sekitar dok bot dengan payung mereka.

“Keutamaan mestilah keselamatan, bermula dengan pekerja. Kami sentiasa perlu menyemak rakan sekerja kami yang tinggal di kawasan berisiko,” kata pengendali pelancongan di Los Cabos, Lyzzette Liceaga.

Ileana adalah satu-satunya ribut tropika yang aktif di lembangan Pasifik Timur yang dikesan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan pada Jumaat. 

Di lembangan Atlantik, siklon Francine pasca-tropika membawa hujan lebat ke bahagian selatan Amerika Syarikat, dan Ribut Tropika Gordon terbentuk pada hari Jumaat di Lautan Atlantik, dengan peramal berkata ia dijangka kekal di atas air terbuka selama beberapa hari. – Agensi/ – HARAKAHDAILY 15/9/2024

- Advertisement -