Gempa bumi magnitud 5.6 di Kepulauan Talaud

- Advertisement -

KUALA LUMPUR/Kepulauan Talaud: Gempa bumi dengan magnitud 5.6 pada skala Ritcher melanda di Kepulauan Talaud, Indonesia pada jam 5:01 pagi hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak di kedudukan 4.3° Utara dan 126.8° Timur dengan kedalaman 43 kilometer iaitu bersamaan 35 kilometer Timur Laut dari Pulau Talaud.

- Advertisement -

Sementara menurut laman web volcanodiscovery.com, bencana tersebut memberi impak ‘gegaran lemah’ (weak shaking).

“Setakat ini tiada berlakunya sebarang kerosakan dan kecederaan dilaporkan dalam gempa bumi tersebut.

“Segala magnitud dan kedalaman gempa tersebut akan disemak semula dalam beberapa jam kemudian,” ujar kenyataan itu.

Namun begitu, tambah kenyataan berkenaan, kawasan yang berhampiran dengan gempa bumi tersebut ialah Sarangani iaitu di Filipina.

Kawasan tersebut didiami 7,500 penduduk tetapi berkemungkinan besar gempa bumi tidak akan berlaku di sana.

Walau bagaimanapun, MetMalaysia melaporkan bahawa gempa bumi tersebut tidak akan memberi ancaman tsunami terhadap Malaysia. -Agensi/– HARAKAHDAILY 10/9/2024

- Advertisement -