Tahniah pasukan Menteri Besar Kedah

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor (kiri) dan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Menteri Besar Kedah kerana telah memenangi acara perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara pasukan pilihan Menteri Besar Selangor.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh DPPM di Faceebok berkata, acara itu telah diadakan semalam bertempat di Pusat Latihan Selangor FA, Shah Alam.

- Advertisement -

Menurut DPPM, dalam acara tersebut, pasukan Menteri Besar Kedah telah memenangi perlawanan dengan jaringan 8 berbalas 5, sekaligus menebus semula kekalahan perlawanan sebelum ini.

“Apa-apapun, yang paling utama adalah semangat kedua-dua Menteri Besar ini untuk bersama dalam satu aktiviti kesukanan. Malah, boleh beramah-mesra tanpa sengketa. 

“Inilah contoh terbaik Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang ingin kita terapkan di Malaysia.

“Berbeza ideologi politik, tidak sepatutnya membataskan kemesraan dan mahabbah antara para pimpinan negara. Sebaliknya, ia perlu dijadikan kekuatan untuk membentuk Malaysia yang lebih seimbang,” katanya.  

Sehubungan itu, DPPM berkata, turut mencemar duli hadir menyaksikan perlawanan tersebut adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

“Semoga muafakat sebegini diteruskan di medan-medan yang lain demi kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya,” kata kenyataan DPPM. – HARAKAHDAILY 4/9/2024

- Advertisement -