Tafsirkan tujuan SG4: Pemimpin PH-BN terlalu berlebihan

Zurk Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Pemimpin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) terlalu berlebihan dalam menafsirkan tujuan penubuhan empat kerajaan negeri (SG4).”

- Advertisement -

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad berkata, BH-PN mengatakan bahawa Pakatan Nasional (PN) mengamalkan politik kebencian.

“Jika ada yang mendakwa SG4 seperti memusuhi Kerajaan Persekutuan, sebenarnya Kerajaan Persekutuan yang telah dulu memusuhi negeri-negeri ini melalui para pemimpinnya,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, barisan pimpinan utama SG4 telah menegaskan bahawa penubuhan blok SG4 ini untuk kerjasama pembangunan ekonomi, infrastruktur dan sosial negeri. 

“Mereka ada hasil bumi dan tanah yang luas untuk diuruskan seperti sektor perikanan, pertanian, hasil minyak dan gas.

“Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, telah menegaskan bahawa kewujudan SG4 bukanlah bertujuan untuk bersaing dengan mana-mana negeri luar dari empat negeri ini.

“Selain itu, ia menjadi ancaman kepada sesiapa dalam negara kita di peringkat persekutuan,” katanya.

Zurk berkata, terdapat tiga fakta yang sedang berlaku di empat negeri ini antaranya ialah ahli parlimen di negeri pembangkang diterajui PN masih tidak diberi peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Empat negeri ini mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang jauh lebih rendah daripada purata KDNK nasional. 

“Selain itu, sebanyak 5.6 juta rakyat Malaysia adalah daripada empat negeri ini iaitu merangkumi 17 peratus jumlah populasi rakyat Malaysia,” ujarnya.

Justeru, PAS Selangor mengucapkan jutaan tahniah kepada SG4 atas kejayaan menganjurkan sidang kemuncak ini. 

“Kami berterima kasih dan sangat-sangat teruja atas kesudian pihak SG4 untuk memilih Selangor sebagai destinasi sidang kemuncak yang sangat bersejarah ini.

“Semoga dengan visi besar SG4 ini, Selangor mendapat tempiasnya dan bakal menjadi negeri kelima dalam program ini selepas Pilihan Raya Umum ke-16 akan datang. Tahniah SG4” katanya. – HARAKAHDAILY 3/9/2024

- Advertisement -