
KUALA LUMPUR: Majlis kunjungan hormat Perdana Menteri New Zealand ke atas Ketua Pembangkang Malaysia, Dato’ Seri Hamzah Zainudin telah diadakan di sini, semalam.
Menurut Hamzah, beliau bersama-sama barisn Ketua-Ketua Portfolio Perikatan Nasional (PN) menerima kunjungan hormat oleh Perdana Menteri New Zealand, Rt. Hon. Christopher Luxon, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak mengambil alih kepimpinan negara itu pada November tahun lalu.
Menurut Hamzah, beliau bersama-sama barisn Ketua-Ketua Portfolio Perikatan Nasional (PN) menerima kunjungan hormat oleh Perdana Menteri New Zealand, Rt. Hon. Christopher Luxon, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak mengambil alih kepimpinan negara itu pada November tahun lalu.
“Pelbagai isu telah kami bincangkan dan saling bertukar pandangan, terutamanya dalam meningkatkan lagi kerjasama ekonomi demi manfaat kedua-dua negara, memandangkan New Zealand ketika ini adalah rakan dagangan ke-28 terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan bernilai RM11.56 bilion (USD2.54 bilion).
“Kami juga menyentuh potensi serta nilai strategik Malaysia untuk menjadi hub kepada pasaran ekonomi ASEAN dengan lebih 600 juta penduduk yang nilai KDNK ketika ini adalah kelima terbesar di dunia,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya.
Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, beliau bersama-sama ahli-ahli Perikatan Nasional (PN) dijemput hadir dalam majlis tersebut.
“Saya bersama ahli-ahli parlimen PN dijemput sama hadir dalam majlis Kunjungan Hormat Perdana Menteri New Zealand, Rt. Hon. Christopher Luxon ke atas Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin,” katanya dalam akaun media sosial Facebooknya, hari ini.
Menurut Hamzah, selain itu, turut dibincangkan adalah soal kerjasama sektor pendidikan, isu-isu geopolitik serantau dan antarabangsa, aspek keselamatan dan jenayah rentas sempadan serta diplomasi budaya yang boleh dimainkan kedua-dua negara.
“Tidak terkecuali, Rt. Hon. Christopher Luxon sendiri berkongsi pengalaman serta cabaran politik sebelum beliau mengambil alih kepimpinan negara berkenaan dan bagaimana pendekatan yang diambilnya untuk membentuk kestabilan politik di New Zealand,” ujarnya.
Turut hadir ialah Ketua Portfolio Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dato’ Seri Ronald Kiandee; Ketua Portfolio Kewangan, Datuk Dr Radzi Jidin; Ketua Portfolio Luar Negeri, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal; Ketua Portfolio Pengangkutan, Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin; dan Ketua Portfolio Perpaduan Negara, Dr Halimah Ali.
Sementara menurut Fahysal pula, beliau berserta Ketua-Ketua Portfolio PN telah dijemput sama hadir dalam majlis Kunjungan Hormat Luxon ke atas Hamzah selaku Ketua Pembangkang di Malaysia.
Menurutnya, banyak penukaran pandangan mengenai soal pembangunan, perdagangan, politik, dan pendidikan dilakukan dalam majlis tersebut.
“Kami bertukar-tukar pandangan dalam soal pembangunan, perdagangan, politik, dan pendidikan yang boleh dijalin antara kita,” ujarnya.
Sehubungan itu, Fayhsal menyatakan Perdana Menteri New Zealand tersebut merupakan alumni daripada institusi pendidikan bernama Christchurch Boys’ High School.
Kata beliau lagi, institusi tersebut telah melahirkan beberapa pemain handalan pasukan kebangasaan ragbi, New Zealand 46 All-Blacks.
“Rupa-rupanya Perdana Menteri New Zealand ini alumni daripada Christchurch Boys’ High School yang telah melahirkan pemain-pemain handalan 46 All-Blacks seperti Dan Carter, Brodie Retallick.
“Beliau seorang pemimpin yang mempunyai pengalaman luas dalam dunia korporat. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas lawatan tersebut,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/9/2024




















