
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud menyeru semua pihak sama ada kerajaan negeri atau swasta berganding bahu bagi menjayakan agenda besar SG4.
Menurutnya, melalui pendekatan yang terbuka dan inklusif, beliau yakin agenda itu dapat direalisasikan.
Katanya, beliau teruja melawat petak pameran sempena Sidang Kemuncak SG4, antaranya Kel Intaaj Sdn Bhd dan Kelantan Gold Trade, yang mempamerkan potensi besar Kelantan dalam pelbagai sektor.
“Kel Intaaj menonjolkan kemampuan membekalkan paip HDPE, manakala Kelantan Gold Trade memperlihatkan keunikan negeri dalam industri perdagangan emas yang hari ini semakin mengorak langkah dalam pendigitalan simpanan emas,” katanya dalam catatan di Facebook beliau.
Beliau turut berbangga dengan usaha gigih semua pihak yang terlibat dalam menonjokan keistimewaan yang ada di negeri ini.
Tambahnya, inisiatif itu membuktikan keupayaan Kelantan untuk bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa, selaras dengan misi Kelantan Maju, Rakyat Sejahtera. – HARAKAHDAILY 3/9/2024




















