
NIBONG TEBAL: Sebanyak 7,238 akaun pengguna di sini, akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok, 29 Ogos sehingga 30 Ogos (Jumaat) selama 12 jam.
Hal ini berikutan penutupan sesalur utama 600 milimeter (mm) di Sungai Kerian, di sini.
Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang memaklumkan bahawa gangguan bekalan air itu berlaku akan bermula jam 10 malam esok , Khamis (29 Ogos) sehingga 10 pagi Jumaat (31 Ogos).
Menurut Laman Facebook PBAPP dalam kenyataannya pada hari ini, Rabu (28 Ogos), gangguan bekalan air berkenaan disebabkan penutupan sesalur utama 600mm di Sungai Krian bagi pelencongan paip 600mm MS (keluli lembut) untuk kerja-kerja menaik taraf jambatan merentasi Sungai Krian dan pembinaan jejambat merentasi Jalan Persekutuan ke Jalan Transkrian oleh Jabatan Kerja Raya (JKR.
Dalam pada itu, kawasan lain yang turut terlibat ialah Permatang Tok Mahat,Tanjung Berembang, Sungai Acheh, Sungai Udang, Sungai Chenaam dan Sungai Bakau.
Justeru, pengguna yang terjejas disaran menyimpan air mencukupi untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan bekalan air dan PBAPP akan mengemas kini status gangguan bekalan ini menerusi Facebook atau boleh hubungi pusat panggilan 24 jam di talian 04-255 8255. – HARAKAHDAILY 28/8/2024




















