
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Ramal, Mohd Shafie Ngah telah melakukan kunjungan hormat ke Rumah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Kelana Jaya, hari ini.
Mohd Shafie berkata, pertemuan itu bertujuan untuk menjalin hubungan serta kerjasama bagi membangunkan masyarakat di DUN ini.
“Alhamdulillah, pelbagai informasi tentang kekuatan, kegiatan dan aktiviti di bawah YBK telah dikongsikan kepada kami.
“Perkara ini jelas menunjukkan betapa besarnya peranan mereka dalam membangunkan masyarakat khususnya golongan yang kurang berkemampuan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Justeru, beliau berharap agar pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama dan menjadi pemangkin kekuatan dalam membangunkan masyarakat terutamanya di DUN Sungai Ramal.
Sebelum ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) YBK melaksanakan program pembasmian kemiskinan berasaskan pendidikan dan pembangunan modal insan yang ditubuhkan pada 26 Mac 1990. – HARAKAHDAILY 28/8/2024




















