Tiada agama sebenar melainkan Islam

- Advertisement -

SEKIRANYA kita mengikut al-Quran, maka selamatlah kehidupan kita. Sebab ia menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Contohnya bagaimana nak hidup, menyusun masyarakat dan lain-lain.

Di atas dunia, semua orang mengaku dirinya betul. Orang Yahudi, Kristian, Saabiein, Majusi dan orang yang tiada agama mengaku bahawa mereka adalah betul.

- Advertisement -

Saabiein ialah orang-orang yang keluar dari satu agama ke satu agama yang lain. Agamanya bukan agama langit, bukan agama Majusi tetapi agama yang kuno. Kebanyakannya berada di Mesir. Kemungkinan mereka berpegang dengan kepercayaan Mesir kuno. Bagi mereka, Tuhan yang paling besar ialah Tuhan Matahari atau Ra.

Mereka juga percaya dengan kehidupan selepas mati. Oleh sebab itu, Firaun yang telah mati ditanam di dalam Piramid dan disediakan di dalamnya bermacam-macam benda seperti makanan, pakaian, peralatan dan sebagainya. Sebab mereka percaya adanya kehidupan yang lain selepas mati.

Banyak pandangan menjelaskan siapakah golongan Saabiein. Tetapi mengikut tafsir Ar-Rahman, menjelaskan bahawa Saabiein ialah orang yang keluar dari satu agama ke agama yang lain. Maknanya tiada pegangan yang tetap.

Orang Majusi ialah orang yang menyembah api seperti di Iran dan Parsi. Setelah Islam datang, jumlah orang yang beragama Majusi masih ada cuma tidak ramai dan dilindungi oleh kerajaan. Mereka diberi kebebasan untuk mengamalkan agamanya.

Di dunia, masing-masing berbalah dan tidak mahu mendengar kata. Namun di akhirat, Allah akan menjatuhkan hukuman, yang mana betul dan salah. Semuanya akan diselesaikan di akhirat sebab tidak selesai di dunia.

Kita orang Islam sudah tentu kita yakin bahawa kitalah yang betul. Tetapi, orang Yahudi mengaku dia betul. Orang Kristian pun mengaku dia betul. Mereka tidak percaya bahawa Islam adalah benar.

Jadi, nak menentukan yang mana satu benar dan salah adalah di akhirat. Tiada agama yang sebenarnya kecuali yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Di akhirat, Allah akan menjadi hakim bagi segala-galanya yang berlaku di atas dunia. Contohnya, pergaduhan sesama manusia. Dan Dialah yang akan menjatuhkan hukuman. – HARAKAHDAILY 24/8/2024

PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -