Lelaki tempatan ditahan miliki kristal syabu

Ahmad Faizal Tahrim
- Advertisement -

HULU SELANGOR: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor menahan seorang lelaki warga tempatan di kawasan Bukit Sentosa, di sini kerana terlibat dalam kes dadah pada jam lebih kurang 1.30 pagi, hari ini.

Ketua Polis Hulu Selangor, Supt Ahmad Faizal Tahrim, berkata hasil pemeriksaan dijalankan telah menjumpai dan merampas satu bungkusan plastik lutsinar berisi serbuk ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

- Advertisement -

“Berikutan kejayaan ini, pihak BSJN IPD Hulu Selangor telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Ahmad Faizal memohon dan menggesa orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan dadah, jenayah dan sebarang aktiviti yang mencurigakan ke Pusat Kawalan Daerah, balai berdekatan atau ‘Facebook Messenger’ Polis Dearah Hulu Selangor. 

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hulu Selangor akan mengambil tindakan segera ke atas setiap maklumat serta aduan yang diterima tanpa sebarang kompromi serta prejudis. 

“Kerjasama daripada masyarakat amat dialu-alukan bagi mengekalkan persekitaran yang kondusif serta selamat selaras dengan moto pasukan PDRM iaitu Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/8/2024

- Advertisement -