
DUBLIN: Dua orang maut selepas sebuah helikopter yang dinaiki mereka terhempas ke dalam bangunan di tengah Ireland.
Kenyataan polis Ireland berkata, dalam kejadian pada Selasa, helikopter itu terhempas ke atas bumbung sebuah bangunan yang terletak di luar kawasan ladang babi berhampiran Mullingar, yang terletak 80 kilometer (50 batu) di barat laut Dublin, kira-kira pada jam 15:30 GMT, waktu tempatan.
“Dua orang di dalam pesawat itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata kenyataan polis, lapor AP News.
“Seorang daripada mangsa ialah seorang lelaki warga Ireland berusia dalam lingkungan 40-an, manakala seorang lagi difahamkan berasal dari Eropah Timur, juga dalam lingkungan 40-an,” tambah kenyataan itu.
Pihak berkuasa yang menyiasat insiden udara yang serius di Ireland, Unit Siasatan Kemalangan Udara (AAIU) berkata, insiden tersebut melibatkan ‘helikopter kecil satu enjin’. -Agensi/– HARAKAHDAILY 31/7/2024




















