Kemenangan George Russell di Grand Prix Belgium dibatalkan

George Russell keccewa selepas kemenangannya di Grand Prix Belgium dibatalkan. (FOTO: GpFans.com)
- Advertisement -

STAVELOT: Kemenangan George Russell di Grand Prix Belgium dibatalkan selepas pihak Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mendapati beliau telah hilang kelayakan selepas pemeriksaan yang dilakukan mendapati jenteranya tidak memenuhi kriteria berat yang ditetapkan.

Russell sebelum itu telah mendapat perhatian ramai apabila menggunakan strategi satu hentian sepanjang perlumbaan yang menakjubkan dan mendahului rakan sepasukannya, Lewis Hamilton, selepas memulakan perlumbaan pada kotak keenam.

- Advertisement -

Seperti yang diperincikan oleh perwakilan teknikal FIA, jentera W15 Mercedes milik Russell pada mulanya ditimbang pada 798 kilogram, sama seperti jumlah yang ditetapkan oleh pihak FIA, lapor The Race.

Walau bagaimanapun, jumlah itu adalah jumlah tanpa bahan api di dalam jentera. Selepas baki 2.8 liter liter bahan api dikeluarkan dari jenteranya untuk pemeriksaan selepas perlumbaan, W15 kemudiannya mempunyai berat 796.5 kilogram, jauh di bawah berat yang ditetapkan.

Jentera W15 milik Russell itu kemudiannya telah diisytiharkan melanggar Artikel 4.1 peraturan teknikal FIA.

Perkara itu kemudiannya dikemukakan kepada steward perlumbaan yang kemudiannya membatalkan kemenangan Russell daripada keputusan perlumbaan, iaitu penalti biasa untuk pelanggaran sedemikian.

Laporan yang dikeluarkan turut berkata dalam keputusan mereka bahawa Mercedes telah mengesahkan pengukuran yang dilakukan adalah betul, sambil turut mengakui bahawa tidak ada keadaan yang ‘mengurangkan’ dan bahawa ia adalah kesilapan yang tulen oleh pasukan.

Sementara itu, Ketua Prinsipal pasukan Mercedes, Toto Wolff berkata, kesilapan telah berlaku atau boleh berlaku berikutan insiden berkenaan.

“Saya fikir ia adalah satu hentian yang anda jangkakan banyak getah, mungkin lebih (untuk jatuh dari tayar).

“Tetapi tiada alasan. Jika steward perlumbaan menganggapnya sebagai pelanggaran peraturan, maka itulah sebenarnya, kita harus belajar daripada itu.

“Jelas sekali bagi George, itu adalah tamparan hebat seorang pemandu, semua impian zaman kanak-kanaknya untuk memenangi perlumbaan ini, dan kemudian ia mungkin telah diambil. Tetapi dia akan memenangi lebih banyak lagi,” katanya. -Agensi/– HARAKAHDAILY 29/7/2024

- Advertisement -