
SEKIRANYA kita berasa selesa dengan dosa kita, beringatlah. Sebab kadang-kadang, Allah sengaja memberikan kita peluang.
Kata ulama, Allah memperlambat hukuman supaya kita insaf, bertaubat dan menjadi baik. Allah juga sengaja membiarkan kerana nak ‘menimpakan azab yang berat’.
Macam kita nak ‘rosakkan’ barang, kita akan angkat tinggi supaya barang itu pecah. Jadi, seandainya kita melakukan dosa, janganlah berasa selesa kerana mungkin Allah akan memberikan hukuman yang lebih berat sehingga kita tidak mampu nak menanggungnya.
قَـٰلَ رَبِّ ٱحۡكُم بِٱلۡحَقِّۗ وَرَبُّنَا ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلۡمُسۡتَعَانُ عَلَىٰ مَا تَصِفُونَ
Maksudnya: (Nabi Muhammad merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar; dan Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu”. (Al-Anbiya: 112)
Nabi telah berdakwah sehabis baik, namun orang masih tidak mahu mendengarnya. Jadi, Nabi berserah kepada Allah. Lihatlah dalam sejarah, orang yang menentang Islam habis hancur.
Semua umat terdahulu tidak selamat belaka. Akhirnya, Islam bangkit. Inilah berkat daripada doa Rasulullah SAW. – HARAKAHDAILY 27/7/2024
PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.




















