
ISU penyaluran dana dari syarikat arak ke sekolah bawah KPM terus hangat dibahaskan dikalangan rakyat. Kemana arah pendirian pihak kerajaan hari ini sebenarnya? Rakyat berhak bersuara dan mahu tahu.
Pendirian DAP, parti paling dominan dalam kerajaan PHBN cukup jelas. Dalam portal Malaysiakini dilaporkan:
“Pengerusi DAP Lim Guan Eng mengingatkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek supaya tidak berpendirian seiring dengan PAS dan Pemuda Umno dalam isu kutipan dana pendidikan Cina dan menegaskan dia bukan “menteri pendidikan PAS.”
“Komen Fadhlina sebelum ini mengenai acara kutipan dana pendidikan Cina agak keras. Saya harap dia akan mempertimbangkan semula pendiriannya itu.
“Beliau bukan menteri pendidikan PAS; beliau mewakili Pakatan Harapan, kerajaan perpaduan dan seluruh negara,” kata Lim, yang juga Adun Ayer Itam pada sidang media di pusat khidmatnya hari ini.”
Ternyata DAP berkuasa dan berkuku dalam kerajaan Madani ini, satu fakta yang tak perlu dipertikaikan.
Menteri PKR yang cuba-cuba mempertahankan garispanduan kementeriannya dicap sebagai “KERAS” oleh Guan Eng (Guan Eng tak perlu duduk dalam kabinet untuk bertitah demikian).
Kata Guan Eng Menteri berkenaan bukan Menteri PAS dan jangan pula mahu ambil sikap Pemuda Umno. Menunjukkan betapa kuatnya pengaruh DAP. Bila mereka tidak dapat menerima satu-satu sikap atau pendirian mereka akan langgar dan lawan, maka tunduk dan layulah contohnya Umno yang cuma ada 26 kerusi Parlimen dalam kerajaan berbanding DAP.
Fikirkanlah, dominasi inilah yang perlu ditundukkan. Kaduk sudah naik junjung dan kita masih bertelagah dan berpecah.
Hanya apabila kuasa politik ummah bersatu, suara Melayu Islam akan mengatasi yang lain. Jika tidak telanlah walau pahit yang ada ini. – HARAKAHDAILY 27/7/2024
PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.




















