Taufan Gaemi 240km/j melanda Taiwan

- Advertisement -

BEIJING: Taufan Gaemi telah membawa angin ribut dengan kelakuan mencecag 240 kilometer/jam (150mph) ke pantai timur Taiwan.

Kemunculan taufan berkenaan yang membawa banjir dan kesesakan lalu lintas terutama di kawasan bandae kini mendarat di pantai timur laut Taiwan di sempadan daerah Yilan dan Hulalien.

- Advertisement -

Ia kemudian terus menjurus ke arah Fuzhou di wilayah Fujian, China, lapor xinhua.net.

Sementara itu, angin yang setara ribut taufan kategori empat ini telah menyebabkan dua orang maut dan 266 orang cedera.

Pihak berkuasa juga telah memberi amaran bahawa akan terjadinya tanah runtuh terutemanya di lereng gunung yang tidak stabil akibat gempa bumi besar pada April lalu.

Peramal cuaca China berkata, taufan itu akan melalui Fujian sebelum menuju ke padalaman dan secara beransur-ansur bergerak ke utara dengan insentif yang berkurangan dan menjangkakan hujan lebat di banyak kawasan ketika ia bergerak ke utara.

Ia juga dijangka akan menjadi ribut paling kuat melanda pulau itu dalam tempoh lapan tahun, lapor media tempatan China.

Walau bagaimanapun, kesan ribut taufan ini yang menyebabkan banjir hingga melumpuhkan ibu negara Filipina serta banyak kawasan di Pulau Luzon dan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh.

Selain itu juga, dilaporkan melalui kenyataan yang dikeluarkan Malaysia Airlines bahawa mereka telah membatalkan penerbangannya MH366 MH366 dari Kuala Lumpur ke Taipei dan penerbangan MH367 dari Taipei ke Kuala Lumpur hari ini. – HARAKAHDAILY 25/7/2024

- Advertisement -