
TOKYO: Susulan insiden kematian 80 orang yang disyaki memakan pil daripada bahan yis merah ‘Beni-Koji’, Pengerusi dan Presiden kilang Kobayashi Pharmaceutical telah mengumumkan peletakan jawatan mereka pada semalam, 23 Julai 2024.
Syarikat Farmasi Kobayashi sebelum ini telah mencuri tumpuan orang ramai susulan tercetusnya insiden 114 orang dikejarkan ke hospital dan lima meninggal dunia selepas mengambil makanan tambahan itu bagi membantu menurunkan paras kolesterol.
Pil yang didakwa boleh mengurangkan kolesterol itu, ditemui mengandungi apa yang kelihatan seperti asid puberulik yang berpotensi menjadi akibat dihasilkan oleh kulat biru dalam bahan Beni-Koji, yang dihasilkan antara April 2023 dan Oktober di kilang Osaka, lapor South China Morning Post.
Sejajar dengan itu, kerajaan dan pegawai Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Jepun sempat mengkritik syarikat itu kerana mengambil masa yang lama untuk mengumumkan kesan kesihatan produknya.
“Lembaga syarikat tersebut melaporkan bahawa firma itu gagal mengutamakan keselamatan pengguna dan kecuaian mereka kerana tidak mengambil tindakan segera,” ujar kata pada satu kenyataan syarikat tersebut.
Menurut kenyataan syarikat tersebut, Presiden, Akihiro Kobayashi dan Pengerus,i Kazumasa Kobayashi telah meletakkan jawatan mereka dan kedua-dua mereka berasal dari keluarga yang mengasaskan firma tersebut.
“Keputusan itu dibuat untuk memperjelas tanggungjawab eksekutif atas satu siri tindakan oleh syarikat kami berkait dengan ‘isu beni-koji’, jelas syarikat farmasi Kobayashi.
Terdahulu, Farmasi Kobayashi ini menjual Beni-Koji secara borong kepada 52 syarikat dan pemeriksaan sukarela mendapati tiada bahan yang memerlukan perundingan perubatan dilakukan. -Agensi/– HARAKAHDAILY 24/7/2024




















