‘Israel raksasa tanpa nilai kemanusiaan’

Mahathir ketika berucap dalam Himpunan 100K Bela Palestin di Kuala Lumpur pada , 4 Mei 2024. (FOTO FAIL: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Israel telah berubah menjadi ‘raksasa’ tanpa mengambil kira nilai kemanusiaan. Ia secara terbuka melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.”

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian dalam kenyataannya mengenai isu kekejaman zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang masih belum menemui jalan penyelesaian. 

- Advertisement -

“Kita semua sedar sepenuhnya tentang apa yang berlaku di Palestin dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh zionis Israel.

“Apa yang kita harapkan untuk dicapai di sini adalah yang pertama, untuk mengesahkan semula komitmen kita terhadap perjuangan Palestin,” katanya.

Menurut beliau, ia adalah dengan menuntut dan memberikan tekanan kepada komuniti antarabangsa supaya bertanggungjawab terhadap insiden pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku agar segera menghentikannya.

Kedua, adalah untuk menuntut dan menekan kerajaan kita sendiri untuk mengutuk dan mengecam pembunuhan beramai-ramai secara dalam negeri untuk menyokong boikot, pelupusan dan sekatan terhadap Israel dan syarikat serta entiti yang menyokongnya.

“Kita mesti mempertanggungjawabkan Israel atas kejahatan dan kebiadaban mereka dan dihukum kerananya. Israel tidak menghormati pendapat atau undang-undang antarabangsa.

“Masyarakat antarabangsa mesti bertindak! 

“Hantar pasukan pengaman antarabangsa ke Gaza untuk melindungi rakyat Palestin dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai atas nama kemanusiaan, kesucian nyawa manusia.

“Saya merayu kepada dunia untuk tolong, tolong, tolong hentikan pembunuhan beramai-ramai! Besar harapan saya bahawa pada akhir persidangan ini, kita akan dapat memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk mencapai semua ini.

“Dari sungai ke segara, Palestin akan bebas,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/7/2024

- Advertisement -