Pengharaman judi Kedah dibatalkan: Reaksi netizen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Isu yang tular susulan berita mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang membatalkan pengharaman lesen judi di Kedah telah dengan segera meraih reaksi dan respons netizen.

QGenAnalysysts dalam kenyataannya berkata, sentimen netizen di media sosial adalah positif terhadap kerajaan negeri Kedah.

- Advertisement -

“Facebook dan TikTok masing-masing menerima 95% dan 90% sentimen positif daripada netizen. Namun, di X, 60% sentimen adalah negatif terhadap kerajaan negeri Kedah. 

“Di Facebook, interaksi tertinggi netizen dilihat memenuhi ruang komen dan reaksi di laman berita, manakala di TikTok, video dari akaun ‘Deejay Asyraf  mendapat interaksi tertinggi dengan 77,000 ‘like’ (tanda suka). 

“Di X, ciapan dari @marchfoward mendapat 500 retweet dan hanya 1500 ‘like’,” ujar kenyataan itu, hari ini.

Tambah QGenAnalysysts, komen-komen majoriti di Facebook dan TikTok menyokong kerajaan negeri Kedah serta menyoal mengapa Menteri Agama senyap akan isu ini. 

Menurut kenyataan itu lagi, terdapat juga netizen yang menyuruh kerajaan negeri Kedah untuk meneruskan kes ini di Mahkamah Rayuan. 

“Di X pula, komen netizen mengatakan bahawa judi adalah hak orang bukan Islam dan kerajaan negeri Kedah tidak memahami undang-undang,” ujarnya.

Terdahulu, keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang membatalkan pengharaman lesen judi di Kedah diputuskan pada 20 Jun lalu, memihak kepada wakil tiga syarikat perjudian yang memfailkan saman terhadap kerajaan Kedah. 

Mahkamah tersebut juga mengarahkan kerajaan negeri Kedah, Menteri Besar, dan Majlis Bandaraya Alor Setar serta Datuk Bandar untuk membayar pampasan kepada syarikat perjudian atas sebab mengalami kerugian. 

Susulan itu, pada 24 Jun, kerajaan negeri Kedah memohon penangguhan sementara pelaksanaan keputusan bagi menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan. 

Perkara yang sama juga dibuat oleh pengendali syarikat perjudian terhadap kerajaan negeri Perlis, namun Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan mereka pada 11 Januari tahun ini. – HARAKAHDAILY 16/7/2024

- Advertisement -