Bekas tukang kebun KOMPAS meninggal dunia

- Advertisement -

KANGAR: Husin Kapi, 73, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam lebih kurang 10 pagi tadi di kediamannya, Kampung Telok Jambu, di sini.

Husin berkhidmat sebagai tukang kebun di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) selama enam tahun dan berhenti pada 2018 disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

- Advertisement -

Jenazah beliau akan disolat  Surau Telok Jambu selepas Asar ini dan dikebumikan di Kampung Telok Jambu.

Ketua Staf KOMPAS, Solahudin Azmi berkata, arwah seorang pekerja yang sangat tekun menjalankan amanah yang diberikan.

“Kita mengalami kehilangan besar, seorang pekerja yang begitu komited memberi khidmat kepada PAS.

“Semoga segala jasa beliau akan dihitung oleh Allah dan diberi ganjaran syurga, insyaAllah,” katanya kepada Harakahdaily hari ini. – HARAKAHDAILY 16/7/2024

- Advertisement -