Gol lewat julang Argentina juarai Copa América 2024

Skuad Argentina meraikan gol kemenangan 1-0 ke atas Colombia dalam perlawanan akhir Copa América 2024 di Miami Gardens, Florida pada hari ini, 15 Julai 2024. (FOTO: NBC News)
- Advertisement -

MIAMI: Argentina merangkul juara Copa América 2024 membenam Colombia 1-0, dengan merampas kemenangan dengan gol lewat masa tambahan pada minit ke-112 sepanjang perlawanan sebelum itu berlangsung tanpa jaringan sebentar tadi.

Lautaro Martínez yang merupakan penjaring terbanyak dalam Copa América 2022 dengan lima gol, meledakkan rembatan menewaskan penjaga gol Colombia, Camilo Vargas pada penentuan tempat selepas pusing ganti.

- Advertisement -

Skuad bimbingan Lionel Scaloni yang merupakan juara bertahan Copa América 2024, serta juara Piala Dunia pada 2022 ini adalah pilihan utama kejohanan ini, dan tidak pernah ketinggalan sepanjang pertandingan, mencatat rekod kemenangan kali ke-16 Copa América.

Namun, ia menjuarai Copa América 2024 tanpa boleh dikatakan disertai pemain terhebat sukan itu apabila Lionel Messi dikeluarkan  pada minit ke-66 kerana kecederaan buku lali.

Permainan yang berlangsung di stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida, di sini, telah dicemari oleh kelewatan lebih sejam selepas peminat, yang kebanyakannya tidak mempunyai tiket, bergegas ke stadium dan cuba masuk ke dalam.

Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan peminat, kebanyakannya memakai warna kuning dan merah Colombia, memanjat  pagar keselamatan berhampiran pintu masuk barat daya stadium dan berlari melepasi pegawai polis dan atendan stadium, dengan jeritan kedengaran di latar belakang rakaman video berkenaan.

Segelintir daripada mereka kelihatan sedang menerima rawatan perubatan dan meminta air dalam cuaca panas Florida Selatan yang terik. 

Pegawai keselamatan berjaya dapat menolak orang ramai di belakang pintu pagar dan mengunci pintu masuk supaya tiada sesiapa boleh masuk ke dalam stadium, walaupun ramai peminat dengan tiket sudah sampai ke tempat duduk mereka sebelum itu. – HARAKAHDAILY 15/7/2024

- Advertisement -