
JAKARTA: Keputusan sama ada Presiden Indonesia, Joko Widodo bakal menyertai parti Golongan Karya (Golkar) selepas tamat penggal beliau sebagai presiden bergantung kepada kongres nasional parti berkenaan yang dijangka bakal berlangsung Disember tahun ini.
Jokowi ketika ini merupakan ahli Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan PDI-P namun hubungannya dengan pengerusi parti itu, Megawati Sukarnoputri apabila anak lelaki Jokowi, Gibran Rakabuming Raka memilih untuk menjadi calon wakil presiden bersama Prabowo Subianto, yang tidak mendapat sokongan daripada PDI-P.
Khabar angin yang mengatakan Jokowi bakal menyertai Golkar tercetus apabila Pengerusinya, Airlangga Hartoto menyatakan partinya mempunyai hubungan istimewa dengan presiden Indonesia berkenaan.
“Ia adalah hubungan yang rapat. Kami telah bersama dalam politik untuk masa yang lama. Lihat sahaja iklan politik kami yang memaparkan presiden, ini boleh menjadi petunjuk tahap keselesaan yang dia rasa bersama kami,” katanya.
Pemerhati politik percaya hubungan Jokowi dengan PDI-P yang semakin merosot dan keperluan untuk ‘kenderaan politik’ yang baharu merupakan antara faktor mengapa Jokowi bakal menyertai Golkar.
Penggal kedua Jokowi sebagai Presiden Indonesia akan tamat pada 20 Oktober 2024 dan akan diganti dengan Menteri Pertahan beliau, Prabowo Subianto yang telah memenangi pilihan raya pada 14 Februari yang lalu berdasarkan kepada kiraan awal. – HARAKAHDAILY 16/3/2024




















