Ramadan: Arahan kantin sekolah dibuka langgar Akta 559

Dr Mohd Fuad Mohd Salleh
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Arahan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya kantin sekolah dibuka sepanjang bulan Ramadan sebenarnya telah melanggar Akta 559.

Penganalisis politik, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh berkata, ia adalah di bawah Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559].

- Advertisement -

“Akta tersebut memperuntukkan bahawa mana-mana individu yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadan, menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta-merta dalam waktu itu;…

“…atau secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya adalah melakukan suatu kesalahan.

“Apabila disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” tegas beliau dalam perkongsian di media sosial miliknya, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan kenapa Menteri Agama yang mahir mengenai Akta 559, susulan mantan Ketua Hakim Syarie tidak memberikan sebarang respons berkenaan perkara tersebut. – HARAKAHDAILY 15/3/2024

- Advertisement -