Penampilan pertama Thaksin Shinawatra selepas keluar penjara

Thaksin Shinawatra. (FOTO: DW)
- Advertisement -

CHIANG MAI: Mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra membuat penampilan umum pertamanya sejak dibebaskan awal daripada hukuman penjara kerana rasuah dan salah guna kuasa ketika zaman pemerintahannya.

Jutawan kontroversi yang dua kali dipilih sebagai Perdana Menteri negara itu digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada tahun 2006, telah berkunjung ke kuil Bangkok City Pillar Shrine sebelum terbang dengan jet peribadi untuk lawatan tiga hari ke kampung halamannya di Chiang Mai pada khamis.

- Advertisement -

Beliau tiba pada jam 9.40 pagi waktu tempatan dengan ditemani jururawat, menantu lelakinya dan anak perempuannya, Paetongtarn Shinawatra yang mengetuai Parti Pheu Thai, lapor Nation Thailand.

Selepas mendapat sambutan hangat daripada penyokongnya, Thaksin melawat beberapa lokasi sebagai sebahagian daripada jadual perjalannya, termasuk projek pembangunan tempatan di kawasan berkenaan.

Thaksin yang hidup dalam buangan selama 15 tahun telah kembali ke Thailand pada Ogos tahun lalu dan serta-merta ditahan sebelum dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun sabit kesalahan rasuah dan salah guna kuasa ketika beliau menjadi Perdana Menteri daripada tahun 2001 hingga 2006.

Walau bagaimanapun, beliau telah mendapat pengampunan daripada Raja Vajiralongkorn dan hukumannya dikurangkan menjadi 1 tahun.

Beliau kemudiannya dibebaskan awal selepas 180 hari dalam tahanan di Hospital Besar Polis, selepas kerajaan memutuskan Thaksin layak dibebaskan awal atas faktor usia dan tahap kesihatannya. – HARAKAHDAILY 15/3/2024

- Advertisement -