Kelantan temui Sultan setiap negeri perkasa syariah

Mohd Amar dalam sidang media selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di Kota Bharu, pada hari ini, 4 Mac 2024.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengadakan perjumpaan dengan Sultan sebagai ketua agama di setiap negeri bagi membincang mengenai langkah memperkasakan Enakmen Kanun Undang-Undang syariah Negeri Kelantan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri menubuh Jawatankuasa Khas Kajian Enakmen Jenayah Syariah sebagai langkah persediaan.

- Advertisement -

Katanya, jawatankuasa itu untuk menyusun beberapa tindakan bagi memastikan usaha memperkara undang-undang tersebut diteruskan.

“Jawatankuasa itu ditubuh sebagai langkah untuk memastikan usaha memperkasa Mahkamah Syariah tidak terhenti.

“Kita perlu lihat dalam banyak sudut dan perlu perbincangan lebih teliti bersama pihak dan ahli-ahli berkenaan. 

“Isu ini bukan sahaja memberi kesan di Kelantan kerana ia turut melibatkan seluruh negara,” katanya ketika ditemui media selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini hari ini.

Mohd Amar juga berkata, jawatankuasa terbabit turut melibatkan ahli undang-undang, ahli syariah, pensyarah universiti dan mereka yang pakar dalam bidang berkaitan. – HARAKAHDAILY 4/3/2024

- Advertisement -