Aktivis PETA ganggu pertunjukan fesyen Victoria Beckham

Victoria Beckham kelihatan tenang ketika pertunjukan fesyen koleksi terbaharu jenama VB diganggu aktivis PETA pada Minggu Fesyen Paris 2024 yang berlangsung di Paris, Perancis pada 1 Mac 2024. (FOTO: Metro.co.uk)
- Advertisement -

PARIS: Aktivis dari Kumpulan Hak Asasi Haiwan (PETA) telah mengganggu pertunjukan fesyen Victoria Beckham yang berlangsung sempena Minggu Fesyen Paris pada hari Jumaat (1 Mac).

Beberapa aktivis PETA menyerbu di landasan ’catwalk’ pertunjukan fesyen VB ketika barisan model sedang memperagakan koleksi terbaharu jenama itu, sambil memegang sepanduk bertulis ‘Viva Vegan Leather’ dan memakai baju-T dengan mesej ‘Belakang kulit haiwan’ dan ‘Haiwan bukan kain’ sebelum diiringi turun oleh pengawal keselamatan dari situ.

- Advertisement -

Ketika Victoria muncul dan menyapa penonton di penghujung persembahan, seorang lagi aktivis berjaya menyelinap ke landasan catwalk  dengan membawa sepanduk yang sama, lapor Reuters.

Victoria, 49, yang berjalan dengan bertongkat kerana dilaporkan mengalami kecederaan di gimnasium, mempamerkan koleksi pakaian tipis dan kot berkotak untuk Musim Gugur/Musim Sejuk 2024/2025.

Mantan anggota Spice Girls itu, yang membuat penampilan sulung Minggu Fesyen Paris pada tahun 2022, bagaimanapun dilihat tenang dalam situasi tersebut.

Pertunjukan itu diadakan di Hotel Salomon de Rothschild abad ke-19, berhampiran Champs Elysees, di sini.

Suami Victoria, mantan bintang bola sepak tersohor, David Beckham, dan anak-anak mereka Romeo, Brooklyn dan Harper, berada di barisan hadapan ruang penonton pertunjukan fesyen berkenaan.

Minggu Fesyen Paris 2024 yang berlangsung hingga 5 Mac ini, turut menampilkan jenama tersohor seperti Chanel, Dior, Hermes dan Louis Vuitton. – HARAKAHDAILY 2/3/2024

- Advertisement -