
PADANG BESAR: Peluang bermesra dengan rakyat tidak dilepaskan selesai solat subuh berjemaah di Masjid Al-Ghofur, Kampung Padang Lati, Santan di sini, pagi tadi.
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, program solat subuh di masjid menjadi rutin harian beliau sejak menggalas amanah itu jika tidak keluar ke program lain.
“Selepas solat subuh, saya ambil peluang bertemu rakan-rakan dan orang kampung untuk mendengar sendiri keluhan dan aduan mereka,” katanya.
Turut serta ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Ustaz Muhammad Azmir Azizan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan.
Terdahulu, semalam, Shukri hadir berjemaah di Masjid Al-Ilmi, Kampung Sungai Berembang, Simpang Empat, sementara pagi kelmarin bersarapan di Masjid Al Mursyid, Pauh, Arau, dengan disertai ADUN Pauh, Razali Saad. – HARAKAHDAILY 1/3/2024.




















